Monday, November 22, 2010

peneroka haram yahudi bakar ladang zaitun


Khamis, 21 Okt - Peneroka haram Zionis telah melarikan seorang pemuda Palestin dan membakar ladang zaitun di kampung Baitullaham Selasa lalu, lapor sumber-sumber tempatan.
Sumber perubatan mengatakan seorang guru Ra'fat Suleiman, 25 telah dilanggar seorang pemandu Israel yang memecut laju berhampiran sekolahnya di kampung Al-Deir Khirbat dan dibawa ke klinik Beit Jala di mana kecederaannya yang dialaminya dilaporkan sederhana.
Sementara itu, para peneroka dari penempatan Beitar Illit yang didirikan di sebelah barat tanah Palestin, Baitullaham telah membakar pokok-pokok zaitun di kampung Husan.

No comments:

Post a Comment