sekadar gambar hiasan |
sekadar gambar hiasan |
Tentera Korea Selatan membalas serangan dengan bedilan meriam, kerajaan mengadakan sidang tergempar dalam bilik perang bawah tanah dan beberapa jet pejuang digerakkan dalam nsiden sempadan terburuk sejak perang 1950-1953 ini.
sekadar gambar hiasan |
Televisyen YTN melaporkan, Korea Utara melepaskan kira-kira 50 tembakan meriam ke arah pulau berkenaan, mengakibatkan berpuluh-puluh buah rumah rosak dan terbakar sehingga asap tebal boleh dilihat dari jauh.
"Sepasukan unit tentera Korea Utara melepaskan tembakan meriam sebagai tindakan provokasi pada kira-kira pukul 2.34 petang waktu tempatan (1.34 petang waktu Malaysia) dan pasukan tentera Korea Selatan melancarkan serangan balas sebagai pertahanan.
"Amaran ketenteraan Kelas A berikutan situasi tempur ini dikeluarkan serta-merta," kata seorang jurucakap tentera Korea Selatan kepada AFP.
Televisyen YTN melaporkan, jet tentera udara Korea Selatan turut dilihat berlegar-legar, selepas insiden di sempadan kedua-dua negara itu yang dianggap paling serius sejak sejak perang 1950-1953.
Penduduk pulau Yeonpyeong, Lee Jong-Sik memberitahu YTN, kira-kira 50 tembakan meriam dilancarkan ke atas pulau itu menyebabkan sekurang-kurangnya 10 rumah terbakar selain kawasan tepi bukit turut dijilat api.
Jurucakap Presiden Korea Selatan, Lee Myung-Bak berkata, pemimpin tersebut segera mengadakan mesyuarat mengejut keselamatan
No comments:
Post a Comment