Thursday, November 18, 2010

Sir Alex (pengurus man united)

SIR ALEX FERGUSON IDAM LATIH BARCELONA
sir alex ferguson





Meskipun telah memenangi 11 kejuaraan Liga Perdana England serta dua trofi Liga Juara-Juara serta pelbagai penghormatan yang diperolehi di Manchester United, masih ada satu lagi perkara yang diidamkan Alex Ferguson, iaitu menjadi pengurus Barcelona.
Jurulatih berusia 68 tahun dari Scotland itu memberitahu, pilihan utamanya adalah Barcelona, jika dia mahu menguruskan pasukan di luar Britain, yang disifatkan kelab yang 'menakjubkan, berideologi, berfalsafah dan keseluruhannya adalah menakjubkan'.
Bercakap pada persidangan Aspire4Sport di Doha, Ferguson berkata, United juga mempunyai falsafah yang sama.
Sejak bersama United pada 1986, Ferguson menyatakan dia tidak merancang untuk bersara selagi dia masih sihat.
Ditanya mengenai kenyataan bahawa dia pernah mengumumkan akan bersara pada 2011, Ferguson berkata: "Saya akan mengubah fikiran sekali lagi, jangan bimbang." - AP




No comments:

Post a Comment