Saturday, November 27, 2010

Pemimpin agama yahudi minta hujan



BEBERAPA lelaki Yahudi meniup alat muzik shofar sebelum majlis penyembahan meminta hujan diadakan di atas bot di laut Galilee, utara Israel pada Rabu lalu.




TEL AVIV – Sejumlah pemimpin agama Israel melakukan upacara ritual bagi meminta hujan turun selepas pegawai-pegawai ramalan kaji cuaca meramalkan musim tanpa hujan akan berterusan sehingga bulan depan.
Dua pemimpin agama Yahudi, Yona Metzger dan Shlomo Amar turut mengisytiharkan hari istimewa untuk berpuasa dan berdoa ekoran kemarau yang melanda Israel.
Puasa itu dilakukan kelmarin dan ia akan sekali lagi dilakukan pada Isnin ini. Kelmarin, kedua-dua mereka pergi ke Taman Honi Hame’agel di tepi Laut Galilee untuk berdoa supaya hujan turun.Dua pemimpin agama Yahudi turut menaiki belon panas dekat Kibbutz Ruhama di Negev bagi melakukan upacara ritual itu semasa berada di udara untuk meminta hujan turun kelmarin.

Pada Isnin ini, mereka meminta semua penduduk Yahudi sama ada di dalam Israel atau di luar negara supaya mengadakan sesi khas selain berpuasa untuk meminta hujan.
  dalam gambar ini pula menunjukkan seorang pemimpin yahudi (berjanggut) menaiki belon udara panas untuk meminta hujan dekat kibbutz ruhama di negev.

ape yg dibuat oleh yahudi ini adalah sia-sia kerana dengan Allah sahaja tempat kite memohon pertolongan dan perlindungan.

No comments:

Post a Comment