Wednesday, April 20, 2011

6 soalan Imam Al Ghazali



Suatu hari,  Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghazali"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini? ". bertanya, pertama,

Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya Imam Al Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "Mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)

Lalu  Imam Al Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?".

Murid-muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu  Imam Al Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "Masa Lalu". Kita tak akan mampu untuk kembali ke masa lampau walauapapun terjadi kepada anda. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Lalu  Imam Al Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?".

Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar kata  Imam Al Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "Nafsu" (Al A'Raf 179). Kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?".

Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawapan mereka benar, tapi yang paling berat adalah "Memegang AMANAH" (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang,gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya setuju dengan permintaan Allah SWT, sehingga ramai manusia masuk ke neraka kerana tidak mampu memikul amanah tersebut.

Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?".

Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Al Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah "Meninggalkan Solat". Gara-gara sibuk bekerja kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat, gara-gara pergi membeli belaj kita tinggalkan solat.

Lantas pertanyaan ke enam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?".

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang. Benar kata  Imam Al Ghazali, tapi yang paling tajam adalah "Lidah Manusia". Disebabkan lidah, kebanyyakkan manusia dengan senangnya sakiti dan lukai hati dan perasaan saudara mereka sendiri.

No comments:

Post a Comment